1. PENGENALAN
Isu tentang poligami sejak akhir-akhir ini telah hangat di perbincangkan terutama di dalam media masa seperti akhbar, majallah, televisyen dan sebagainya. Poligami secara umumnya adalah fitrah manusia dan ianya adalah perkahwinan seorang lelaki lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi dari empat orang di dalam sesuatu masa. Sejarah pernikahan poligami telah bermula sejak zaman dahulu lagi seperti Nabi Daud A.S mempunyai kira-kira 300 orang isteri, orang Arab jahiliyah, orang yahudi, orang Cina, India pun berpoligami tetapi tanpa had bilangannya. Sebenarnya, amalan berpoligami bukanlah sekadar syariat yang dibenarkan oleh Allah S.W.T bahkan ianya adalah sangat-sangat dianjurkan lagi digalakkan apatah lagi di zaman kerosakkan sekarang ini. Namun, bagi kaum hawa, persoalan poligami biasanya adalah sesuatu yang menjijikkan lagi menakutkan, ada yang sanggup bermati-matian menentang amalan berpoligami sehingga boleh menjejaskan kerukunan rumah tangga mereka sendiri. Selanjutnya, selama ini kebanyakkan pihak terutamanya kaum wanita telah meminggirkan, memandang serong dan beranggapan semuanya tentang poligami itu adalah buruk atau negatif belaka.
- SALAH FAHAM MASYARAT TERHADAP POLIGAMI
Walaupun Allah S.W.T telah mengizinkan lelaki bernikah lebih dari satu di dalam kitab suci Al Quran tetapi masih terdapat beberapa golongan tertentu samada individu dan kumpulan (termasuk bukan Islam) yang tersalah faham serta menentang hukum Allah S.W.T berhubung dengan isu poligami. Antara tanggapan mereka ialah salah tafsir ayat poligami, kebanyakan berpendapat poligami itu hukumnya harus, Poligami itu mempunyai syarat-syarat tertentu ia itu adil, perlu keizinan isteri untuk berpoligami, perlu keizinan mahkamah untuk berpoligami, Rasulullah S.A.W (kaum lelaki) berpoligami adalah menurut nafsu, poligami itu adalah dosa besar yang perlu di tentang habis-habisan , suami dapat madu isteri dapat hempedu, kahwin sahaja ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang lain-lain tidak, orang kaya-kaya sahaja layak berpoligami dan lain-lain lagi.
Abang Salleh yaakob setelah bernikah dengan isteri yang ke 4

a) Salah tafsir ayat Al Quran
Di dalam Al Quran , kewujudan dan kebenaran amalan berpoligami adalah tidak dapat dinafikan lagi seperti yang terkandung dalam surah An Nisa ‘ ayat 3 yang bermaksud:

“Maka kawinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua tiga dan empat , tetapi jika kamu kuatir tidak dapat berlaku adil maka kawinlah satu saja.’

Berpandukan ayat di atas , apa yang dapat difahamkan ialah Allah S.W.T membuat tawaran dan pilihan kepada kaum lelaki agar menikahi wanita-wanita sebanyak dua atau tiga atau empat orang. Oleh itu, pilihan pertama sekali ialah dua orang, pilihan kedua ialah tiga orang, pilihan ketiga ialah empat orang. Dengan lain-lain perkataan, kaum adam adalah digalakkan berkahwin dua terlebih dahulu bukannya berkahwin satu. Bagaimanapun, Allah S.W.T mengingatkan bahawa sekiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka pilihan akhir untuk kaum adam atau pilihan yang selemah-lemahnya ialah beristri satu sahaja. Ayat tersebut adalah sama maksud dan kedudukanya seperti hadith berikut yang bermaksud:
“Barang siapa yang melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan dan jika kamu tidak mampu, cegahlah dengan hati. Itulah selemah-lemah iman.”
Jelaslah, nas-nas di atas bermaksud bahwa Allah S.W.T memberi pilihan kepada manusia dalam melaksanakan tuntutan syariat, mereka diberi kelonggaran dalam mengamalkan serta mengikut tahap kemampuan dan keimanan masing-masing. Contoh selanjutnya ialah seorang guru berkata pada murid-muridnya;
“Wahai para pelajar semua, supaya kamu beroleh kejayaan dalam Matematik, maka selesaikanlah dua soalan yang diberikan. Lebih baik lagi jika kamu dapat jawab tiga soalan atau 4 soalan. Tetapi adalah kurang bijak jika kamu cuma mampu atau boleh selesaikan satu sahaja”
Dari contoh-contoh di atas, jelaslah poligami itu adalah merupakan keutamaan dan monogami hanya pilihan atau alternatifnya sahaja. Perkara ini terbukti di zaman Rasulullah S.A.W, para Sahabat, Salafussoleh hinggalah sekitar 700 tahun setelah itu, kebanyakan umat di zaman itu menjadikan poligami sebagai keutamaan dan tradisi.
b) Kebanyakan berpendapat poligami itu hukumnya harus
Kebanyakan umat di akhir zaman menganggap hukum poligami itu adalah “harus”. Sebenarnya hukum poligami yang asalnya adalah “Sunnah” dan ianya boleh menjadi wajib, dan harus. Seperti yang sedia maklum, semua perbuatan dan perkataan Rasulullah S.A.W adalah sunnah serta menjadi panduan ibadah untuk umat Baginda. Bukti poligami itu “Sunnah” ialah Rasulullah S.A.W telah mempraktikkan pernikahan poligami sekurang-kurang sebanyak 11 kali bukannya 2 kali. Jika Rasullullah S.A.W bernikah cuma 2 atau 3 kali mungkin bolehlah dikatakan keharusan berpoligami tetapi ini melebihi dari 10 kali dan setiap kali pernikahan itu ada rahsia, kepentingan dan hikmah disebaliknya. Juga pernah Rasulullah S.A.W menasihatkan seorang sahabat yang tidak mahu berkahwin dan cuma mahu beribadat sahaja, Baginda Rasulullah bersabda serta menasihatkan kepada sahabat tersebut yang Baginda juga makan, minum, berkahwin, tidur dan lain-lain. Jika hukum asalnya harus Baginda S.A.W akan menasihatkan sahabat tersebut terpulanglah kepada kamu samada hendak kahwin atau tidak, tetapi baginda tidak berkata demikian. Ini menunjukkan perkahwinan itu adalah sunnah yang amat penting lagi digalakkan.
Perkataan “jika kamu takut tidak berlaku adil” itu juga menunjukkan pilihan yang tidak begitu kuat maksudnya. sekiranya mereka takut tidak dapat berlaku adil, maka moleklah dikurangkan dari 4 kepada 3, 2 dan hingga seorang sahaja. Tetapi jika mereka yakin boleh berlaku adil walaupun bukan 100% terutama dalam hal kasih sayang (amat sukar berlaku adil), maka pernikahan poligami itu boleh diteruskan dan tidak menjadi masalah sama sekali. Memang tidak dinafikan keadilan dalam berkasih sayang sememangnya sukar dilaksanakan walaupun dalam kes pernikahan monogami sekalipun.
c) Poligami itu mempunyai syarat tertentu terutamanya adil
Sebenarnya, poligami itu TIDAK mempunyai apa-apa syarat untuk kaum lelaki kerana Allah S.W.T sendiri telah mengizinkan seorang lelaki itu bernikah sehingga 4 orang. Seperti yang yang dinyatakan dalam ayat di atas yang bermaksud” Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga dan empat, tetapi jika kamu kuatir tidak dapat berlaku adil maka kawinlah satu saja’.
Ini telah membuktikan bahawa lelaki boleh berkahwin mengikut kesukaan mereka, bila-bila masa tanpa apa-apa syarat. Sebenarnya adil bukanlah syarat utama untuk berpoligami. Syarat adil itu hanya timbul apabila sesaorang lelaki itu telah berpoligami. Dengan lain-lain perkataan selagi mana lelaki itu belum berpoligami, selagi itulah syarat adil TIDAK timbul sama sekali. Keadilan di sini juga bukanlah bermaksud sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatanya. Sebagai contoh, isteri pertama boleh mendapat lebih perbelanjaan kerana mungkin anaknya lebih ramai dari isteri yang ke dua dan seterusnya.
d) Perlu mendapat keizinanan dari isteri untuk berpoligami
Dalam kes ini, sesaorang suami itu tidak perlu memohon keizinan isteri pertama dan seterusnya kerana Allah S.W.T yang maha berkuasa telah memberikan keizinan yang mutlak. Sekiranya ini berlaku ianya telah melanggar perundangan Islam kerana Allah S.W.T maha berkuasa dan maha besar serta lagi mengetahui segala rahsia serta hikmahnya sesuatu hukum itu diturunkan. Namun, cuma adalah lebih molek sekiranya isteri dapat dimaklumkan terlebih dahulu untuk menjaga kerukunan dan keutuhan rumah tangga. Dengan demikian, mana-mana isteri yang redo dan taat pada perintah suami mereka maka Allah S.W.T pun redho, maka syurgalah ganjaran untuk mereka.
e) Perlu mendapat keizinan mahkamah untuk berpoligami di Malaysia.
Sekiranya keizinan mahkamah diwajibkan, ini menunjukkan seolah-olah Syariat Islam itu belum lagi syumul kerana perlu di tokoh tambah dengan undang-undang manusia secara tak langsung boleh memperlekehkan undang-undang Allah S.W.T yang maha besar lagi maha agung. Ini juga merupakan satu bidaah yang menyusahkan yang perkara halal dan mempermudahkan yang haram. Islam itu sebenarnya telah sempurna lagi lengkap, sekiranya berlaku kepincangan dalam pelaku poligami, bolehlah mereka di hukum seadilnya menurut apa yang telah digariskan di dalam Al Quran. Hal ini juga boleh menjadikan sesaorang itu kafir (syirik) yang dilakukan oleh manusia kerana Allah S.W.T telah memberikan keizinan mutlak di dalam Al Quran di mana manusia lebih takut lagi hukum manusia dari hukum Allah S.W.T. Walaupun tidak mendapat keizinan mahkamah, jika lelaki itu bernikah di luar Malaysia dengan cukup syarat-syaratnya seperti di Thailand, Indonesia dan lain-lain pernikahan mereka itu adalah tetap sah mengikut syarak. Keturunan yang dilahirkan juga adalah tetap halal dan bukannya haram seperti anak luar nikah yang berlaku sekarang ini. Ole itu zuriat mereka tidak sepatutnya dianaktirikan dalam negara sendiri sepertimana yang berlaku dewasa ini.
f) Rasulullah S.A.W (kaum lelaki) berpoligami adalah menurut nafsu
Sesungguh Rasullullah S.A.W bernikah adalah setelah mendapat wahyu dari Allah S.W.T yang mempunyai hikmah, rahsia dan kelebihannya tersendiri. Umpamanya Baginda bernikah dengan janda-janda adalah untuk menyelamatkan maruah, akidah, membantu dan melindungi mereka dari fitnah, berdakwah, silaturarahim serta kepentingan politik. Juga, Baginda bernikah dengan gadis remaja iaitu Siti Aishah r.a. adalah kerana untuk dijadikan contoh kepada umat akhir zaman agar menyelamatkan gadis remaja daripada melakukan maksiat, penzinaan, pelacuran dan lain-lain lagi seperti yang berlaku sekarang ini. Setiap pernikahan Baginda mempunyai hikmah dan rahsia serta sebab dan kelebihannya tersendiri. Sehubungan ini, ada jua yang menyatakan bahawa kebanyakan lelaki juga berkahwin ikut nafsu. Perlu diingatkan setiap yang ingin bernikah itu mempunyai nafsu dan kecintaan terhadap pasangan mereka. Jika lelaki itu tiada nafsu macamana mereka hendak bernikah? Yang penting ialah nafsu itu perlu dijinakkan mengikut syariat Islam dan disalurkan ke jalan yang halal untuk mengelakkan fitnah dan kemaksiatan.
g) Poligami itu adalah dosa besar yang perlu di tentang habis-habisan.
Terdapat individu-individu atau kumpulan tertentu seperti Sisters in Islam yang menggangap seolah-olah poligami itu adalah satu dosa besar yang perlu di tentang habis-habisan. Sayugia lagi diingatkan kepada semua terutama kepada kaum wanita agar jangan menentang Hukum Allah S.W.T yang telah disyariatkan kerana Allah S.W.T adalah pencipta segala-galanya dan mengetahui akan segala hikmahnya apabila sesuatu hukum itu diturunkan. Maksud surah Al Maidah ayat 47:
“Barang siapa yang tidak berhukum dengan Hukum Allah S.W.T mereka adalah kafir, munafik atau fasik”.
Tetapi siapa yang redo mereka akan mencapai kejayaan dan kebahagian baik di dunia mahu pun di akhirat nanti. Selanjutnya, Majlis Agama Islam Johor telah mengeluarkan fatwa bahawa mana-mana wanita Muslim yang menentang poligami telah melakukan dosa besar dan harus bertaubat kerana ia boleh jatuh hukum murtad. Oleh itu, berhati-hatilah untuk menolak hukum poligami kerana aqidah anda boleh gugur. Jika kita menolak satu huruf daripada ayat al-Quran sekalipun sudah cukup untuk menggugurkan aqidah, inikan pula jika menolak hukum Allah S.W.T.
h) Suami mendapat madu, isteri mendapat hempedu.
Ini juga adalah merupakan tanggapan yang tidak berasas sama sekali kerana poligami adalah satu bentuk penyelesaian dan pembelaan untuk kaum wanita juga serta boleh menjauhkan mereka dari azab api neraka. Lihatlah berapa ramai andartu atau anak dara tua di Malaysia hidup segan mati tak mahu disebabkan salah faham masyarakat terhadap kebaikkan dan hikmah berpoligami. Lebih baik anadartu itu menjadi isteri ke 2, 3 atau 4 daripada mereka menjadi perempuan simpanan, GRO atau pelacur. Juga lelaki yang berpoligami mereka bernikah dengan wanita, bukan dengan lelaki jadi segala manfaat dan kebahagian rumah tangga dapat dikecapi bersama termasuk isteri yang pertama dan sebagainya. Oleh itu, poligami tidak pernah menimbulkan masalah atau menzalimi kaum wanita bahkan membantu dan menyelesaikan permasalahan wanita terutama dari segi keselamatan, perlindungan dan kesejahteraan dari terjerumus ke lembah maksiat yang hina. Permasalaahn poligami adalah berpunca dari pelakunya yang kurang atau tidak bertanggung jawab tetapi bukan kerana poligami itu sendiri. Pendekata, kes-kes poligami yang sering ditohmahkan dengan segala macam keburukan dan masalah hanyalah digembar-gemburkan oleh pihak-pihak tertentu yang anti Islam termasuk dari umat Islam sendiri. Sebaliknya, masalah rumahtangga sebenarnya lebih banyak juga wujud di kalangan perkahwinan monogami berbanding dengan poligami.
i) Kahwin sahaja ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang lain tidak
Perkara ini juga merupakan tohmahan pihak tertentu untuk menyerang keindahan dan kelebihan srta kehebatan poligami yang diamalkan oleh Baginda Rasullulah S.A.W. Dalam satu hadith Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Barang siapa yang mengikut sunnahku akan masuk syurga bersama-samaku”. Rasulullah S.A.W tidak pernah menekankan sunnah tertentu yang perlu diikuti, yang penting ialah walaupun satu sunnah dihidupkan diakhir zaman ini, ganjarannya ialah seolah-olah kita mendapat 100 pahala mati sahid. Juga, walaupun satu sunnah yang disukai dapat dihidupkan ganjaran adalah amat besar serta kita akan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat nanti.
j) Cuma orang kaya-kaya sahaja yang layak berpoligami
Tanggapan ini juga merupakan satu pendapat yang tidak benar sama sekali kerana Rasulullah S.A.W sendiri pun adalah orang miskin tetapi Baginda S.A.W boleh dan mampu beristeri 11 orang. Ini adalah kerana Baginda yakin bahawa rezeki itu adalah datangnya daripada Allah S.W.T dan melalui pernikahan juga rezeki itu akan bertambah lagi berkat seperti rezeki berdua jadi bertiga, rezeki bertiga jadi berempat dan seterusnya. Bahkan bermisyar pun digalakkan sepertimana Baginda bersama dengan Siti Khadijah r.a. Apa-apa pun alasan yang diberikan, poligami itu tetap menjaga kesucian keturunan daripada menghasilkan anak atau keturunan yang haram serta dapat mengelakkan penzinaan dan kemaksiatan dan lain-lan. Itulah antara hikmah poligami yang terbesar yang tidak dapat dipertikaikan.
3. POLIGAMI MENURUT PERUNDANGAN ISLAM
.
Islam sebagai agama terakhir yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan cukup dengan kesempurnaannya telah menghalalkan poligami sejak di zaman Baginda Rasulullah lagi. Justeru, Islam telah menyempurnakan segala perkara dari sekecil-kecil hinggalah kepada sebesar-besar pekara demi kepentingan dan kebahagiaan ummah. Ini bertepatan dengan fitrah semula jadi dimana perundangannya meliputi setiap aspek kehidupan manusia. Umat manusia seluruh dunia seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada agama Islam berhubung dengan isu poligami. Ini adalah kerana Islam telah dapat mengawal, menghadkan dan memperkemskan kembali sistem poligami sehingga menjadikan poligami itu lengkap, amat adil kepada semua yang terlibat terutama kepada isteri-isteri termasuk juga suami. Sebagai agama yang sempurna, Islam tidak menghalalkan seseorang lelaki itu berkahwin hingga berpuluh malah beratus orang seperti yang berlaku pada agama lain. Islam juga tidak membataskan seseorang lelaki itu berkahwin cuma seorang sahaja tetapi membolehkan mereka bernikah sehingga maksima kepada empat orang serta mengikut kemampuan masing-masing.
Merujuk kepada para fuqaha, pernikahan dengan lebih dari satu isteri bagi kaum adam adalah ketetatapan syariah yang sudah tetap (syar'un tsabit) dan sunnah/ jalan yang diikuti (sunnah muttaba’ah). Tidak pernah terjadi dimana para fuqaha mempertikaikan masalah ini, walaupun mereka berselisih pendapat di dalam kebanyakan masalah fikih. Ini adalah kerana hukum tersebut, kebolehan berpoligami didasarkan pada dalil qath’i tsubut (pasti bersumber dari Rasulullah) dan tidak ada sebarang ruang ijtihad untuk memperdebatkannya atau menafikanya. Di dalam kitab Maratib al-Ijma’, Ibnu Hazm menyatakan bahawa para ulama bersepakat bahawa apabila seorang lelaki muslim menikahi maksimum empat orang wanita sekaligus, maka hukumnya adalah halal. (Munaqasah poligami, Khilafah centre). Oleh yang demikian, maka terbuktilah bahawa selama lebih 1300 tahun tidak pernah ada perdebatan mahupun pertikaian tentang hukum kebolehan berpoligami di kalangan ummah di seluruh dunia.
Dalam perundagan Islam seperti yang nyatakan tedahulu, hukum asal poligami itu adalah “Sunnah”, dimana Rasulullah S.A.W berpoligami, para sahabat seperti Abu Bakar Siddiq ra, Umar bin Khattab r.a, Usman bin Affan r.a, para Tabi dan Tabiian pun mengamalkan poligami juga. Demikian itu, amalan berpoligami adalah merupakan sunnnah Rasulullah S.A.W dan merupakan tradisi para sahabat dan salafussoleh. Dengan lain-lain perkataan, poligami dalam perundangan Islam adalah agenda yang amat penting dan sangat besar ertinya buat perjuangan Islam. Maka memperjuangkan dan mempertabatkan poligami ke tempat selayaknya adalah merupakan jihad pejuang dakwah dan kebenaran. Justeru, adalah menjadi kewajipan kepada para pejuang kebenaran membuktikan bahawa poligami bukanlah satu perkara yang hina sebaliknya adalah amalan paling mulia lagi suci. Sepertimana yang tegaskan, iannya juga adalah merupakan antara penyelesaian yang terbaik untuk permasalahan ummah disamping merupakan satu jambatan segera untuk memperolehi taqwa serta jalan termudah ke syurga. Seperti yang dinyatakan di atas, hukum poligami itu boleh menjadi wajib, mahu pun harus. Sebagai contoh poligami itu menjadi wajib sekiranya sesaorang itu takut berbuat maksiat, zina dan sebagainya. Poligami boleh juga menjadi harus, contohnya, apabila sesaorang perempuan itu sanggup bermisyar atau menanggung segala perbelanjaan lelaki tertentu kerana sayang atau cintakan lelaki tersebut.
Sebaliknya, perjuangan kaum wanita yang anti poligami zaman sekarang telah ditipu oleh syaitan dan nafsu sendiri, diperbodohkan dan dijadikan hamba seks atau pemuas nafsu kepada lelaki bersifat kebinatangan hanya kerana duit dan kemewahan dunia. Oleh itu, jika ada lelaki yang boleh menjinakkan sesaorang wanita untuk berkasih sayang, berkongsi suami kerana Allah S.W.T tentulah orang tersebut mampu memberikan sesuatu yang lebih bernilai dan berharga daripada wang serta kemewahan. Inilah salah satu hujahnya bahawa Islam dan poligami itu mampu menjinakkan dan mendekatkan wanita kepada Allah S.W.T. Justeru, kepada seluruh umat manusia bahawa poligami adalah hujah kebenaran yang merupakan sebagai jalann dakwah dan kebangkitan Islam sebelum diteruskan oleh Imam Mahdi demi kejayaan yang hakiki di dunia & akhirat nanti.
4 POLIGAMI CARA RASULULLAH S.A.W
Seperti yang semua sedia maklum bahawa Rasulullah S.A.W adalah merupakan contoh dan model yang terbaik untuk seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami.Baginda S.A.W. bersifat kasih sayang, adil, jujur dan betolakansur kepada kesemua isteri Baginda. Baginda S.A.W juga pernah mengatakan “orang yang baik dan berakhlak mulia ialah orang yang paling baik terhadap isteri-isteri mereka”. Begitu juga Baginda adalah suami yang romantik lagi bijaksana. Disebutkan satu kisah bahawa isteri –isteri Baginda pernah bertanya siapakah di antara mereka yang paling Baginda sayangi?”. Lantaran itu, Rasulullah S.A.W hanya tersenyum dan akan memberitahu isteri_isteri Baginda kemudian. Selepas pertemuan itu, Rasulullah S.A.W. telah memberikan isteri-isteri Baginda S.A.W. sebentuk cincin setiap seorang. Baginda S.A.W. juga berpesan kepada isteri-isteri Baginda agar tidak memberitahu kepada isteri -isteri yang lain tentang pemberian cincin itu. Kemudian pada suatu hari isteri-isteri Baginda berkumpul dan bertanyakan soalan yang sama kepada Rasulullah. Rasulullah S.A.W. pun menjawab bahawa isteri yang paling Baginda sayangi ialah yang diberikan cincin kepadanya. Maka, isteri-isteri Baginda S.A.W. pun tersenyum dan berpuas hati kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang menerima cincin itu serta merasakan bahawa diri merekalah yang paling disayangi.
Sesunguhnya, pernikahan Rasulullah S.A.W itu banyak menimbulkan perbalahan pendapat, terutama di kalangan para orientalis barat yang menganggap perkara tersebut adalah sebagai menurut hawa nafsu dan penghinaan terhadap kaum wanita. Sebenarnya, terdapat bukti-bukti bahawa poligami yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bukanlah didorong oleh nafsu tetapi ianya mempunya rahsia dan hikmah yang tersendiri. Tujuan Baginda bernikah dengan isteri-isteri Baginda adalah kerana sebab-sebab tertentu seperti untuk menjaga aqidah, untuk menghubungkan silaturahim, kepentingan politik, membela dan memberi perlindungan kepada kaum wanita dan kepentingan agama serta ummah keseluruhannya. Sekiranya Baginda bernikah kerana nafsu semata-mata sudah pasti Baginda memilih yang cantik, muda lagi beharta. Namun, semua isteri Baginda adalah janda tua kecuali Siti Aisha r.a sahaja yang masih gadis. Juga, sejak kecil lagi Rasulullah S.A.W tidak pernah mengutamakan dalam kehidupan seharian hiburan atau berpoya-poya. Begitu juga, setelah dewasa, Baginda tidak pernah berbuat maksiat, kerana Allah (S.W.T) memelihara dan menjauhkann diri Baginda dari sebarang pintu kemaksiatan.
Sebaliknya, di kalangan kaum Muslimin pula, ada yang tersalah faham dan berpendapat bahawa mereka boleh mengikuti perkahwinan Rasulullah untuk bersteri lebih dari empat orang. Perkara ini terjadi kerana mereka tidak mahu meneliti dan mengkaji sebab-sebab mengapa Rasulullah S.A.W berpoligami dan hukum-hakam Islam yang di syariatkan oleh Allah S.W.T. Sebagaimana yang diketahui, mengikuti sunnah Rasulullah itu adalah wajib tetapi ianya adalah terbatas kepada perkara terentu sahaja seperti dalam perkahwinan. Ini adalah kerana Allah telah memutuskan bagi lelaki Islam (selain Rasulullah S.A.W) hanya boleh bernikah tidak lebih dari empat, sebagaimana firman-Nya yang disebutkan dalam Surah an-Nisa’, ayat 3 di atas. Sebelum ayat tersebut, Allah juga telah menurunkan ayat-ayat berlandaskan hukum-hukum yang lain yang ditujukan khas untuk Rasulullah S.A.W. sahaja. Allah berfirman yang bermaksud;
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dan apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya. Perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang yang beriman umumnya. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang Mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”(Surah al-Ahzab, ayat 50).
Kesimpulannya dari perbincangan di atas, Allah S.W.T juga telah menghalalkan Nabi Muhammad S.A.W. untuk menikahi semua isteri-isterinya dan mengharamkan manusia menikahi isteri-isteri Baginda setelah beliau wafat. Oleh itu, umat Nabi Muhamad S.A.W tidak boleh mempunyai isteri melebihi 4 orang di dalam sesuatu masa.
5. KELEBIHAN/HIKMAH BERPOLIGAMI
Seperti yang dibincangkan di atas, poligami ini bukanlah sesuatu amalan yang hina atau zalim dan tidak semua wanita yang bermadu itu tidak mengecapi kebahagian. Malah ramai di antara wanita yang terbabit dalam pernikahan poligami telah menemui kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dengan ketentuan Allah S.W.T disamping usaha dan niat yang suci demi menegakkan dan mencari keredaan Allah S.W.T. Islam adalah agama yang sempurna lagi suci yang membolehkan dan menggalakkan umatnya berpoligami demi kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya hikmah-hikmah poligami ialah:
1. Dari segi kesihatan, kaum wanita biasanya mempunyai tiga masalah yang besar iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul pulih selepas bersalin. Oleh yang demikian, Islam membolehkan atau menghalalkan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan sekiranya tiap-tiap isteri itu ada yang haid, nifas dan sebagainya, maka masih ada satu lagi yang bebas atau bersedia untuk melayani suami mereka. Dengan demikian suami mereka akan terselamat daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan atau perzinaan apabila masih ada lagi isteri yang dapat memenuhi kehendak bathin yang halal dari suami masing-masing.

2. Untuk mendapatkan zuriat atau keturunan kerana isteri yang mandul tidak boleh melahirkan anak. Atau mungkin isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya yang mana mereka tidak dapat melayan kehendak suami mereka sepenohnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai dan mengutamakan wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih cantik dan menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."
3. Untuk pengetahuan, kaum lelaki itu sesungguhnya mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza, bertenaga dan berterusan hingga ke akhir hayat mereka. Andai kata, seaorang suami itu mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isterinya uzur seperti sakit atau masa haidnya terlalu lama dan lain-lain, maka poligami adalah penyelesaan terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah kemaksiatan atau penzinaan dan sebagainya.
4. Poligami juga boleh mengelakkan berlakunya perkara halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T iaitu “penceraian” terutama sekiranya isteri mereka mandul, sakit atau sudah terlalu tua. Terdapat juga isteri-isteri yang meminta diceraikan sekiranya suami mereka ingin berkahwin lagi sedangkan poligami itu boleh membawa seribu rahmat untuk mereka.
5. Apabila jumlah wanita samada janda mahu pun gadis adalah terlalu ramai atau melebihi bilangan kaum lelaki mungkin disebabkan peperangan mahu pun keadaan semula jadi di akhir zaman ini. Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda (anak-anak) akibat peperangan, kematian suami dan lain-lain itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan kebahagiaan & kemanisan hidup berumahtangga serta berkeluarga.
6. Apabila banyak kaum lelaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki sedangkan isteri mereka tinggal berjauhan di kampong atau negara asal. Semasa di perantauan, mereka mungkin kesunyian baik ketika sihat mahu pun sakit terutama dalam urusan makan minum dan pakaian mereka. Maka, dalam keadaan begini lebih baik lelaki tersebut berpoligami daripada mereka mengadakan hubungan secara haram dengan pelacur atau wanita lain.
7. Untuk menjaga maruah, perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat nafsu mereka. Sekiranya poligami tidak dibenarkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai mangsa atau alat untuk pemuas nafsu semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya, martabat kaum wanita akan menjadi lebih hina dari haiwan kerana dilayan sebagai hamba seks atau pelacur dan sebagainya. Lantaran itu, mereka juga tidak akan mendapat hak perlindungan untuk diri mereka sebagai isteri yang sah yang boleh menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat nanti.
8. Untuk menghindari kelahiran anak-anak luar nikah atau anak haram agar keturunan masyarakat tetap utuh terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupan mereka. Dengan demikian dapat pula menjamin hak asasi sesaorang rakyat dalam sesebuah negara dan sifat kemuliaan umat Islam. Dalam Islam, anak luar nikah mempunyai hukum dan peruntukan yang berbeza dari anak yang dilahirkan dari pernikahan yang sah. Jika gejala anak haram ini dibiarkan berleluasa dan tidak dipantau, maka ianya bukan sahaja merosakan keturunan, masyarakat, bangsa, agama dan negara malah ia akan menghancurkan seluruh aspek kehidupan umat Islam itu. Juga, kelahiran anak haram ini boleh merosakan fungsi dan matlamat pernikahan itu sendiri untuk mendapatkan keturunan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
9. Untuk kaum wanita terutama para isteri pula, poligami adalah ujian yang sebenar bagi menguji keimanan mereka samada mana lebih, cinta kepada suami atau cinta kepada Allah S.W.T yang maha agung? Ujian ini sememangnya sungguh berat tetapi ganjaranya amat besar pula. Hanya seorang perempuan yang benar-benar beriman lagi bijak sahajalah yang dapat mengawal dan mengorbankan perasaan mereka dari cinta manusia kepada cinta yang hakiki iaitu terhadap Allah S.W.T. Sebenarnya untuk wanita yang beriman kental, poligami adalah satu rahmat yang dinanti-nantikan kerana mereka boleh bercinta dan berkasih-kasihan dengan kekasih yang hakiki lagi maha agung ia itu Allah S.W.T, apabila giliran mereka telah di ambil aleh madu mereka. Para isteri seharusnya bersyukur kerana mereka tidak perlu melayan suami mereka 24 jam, yang sebenarnya adalah hamba Allah S.W.T juga apabila suami mereka mengamalkan poligami.
Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang dihalalkan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks semata-mata bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya.. Namun, Allah (S.W.T) mengingatkan, tanggungjawab mereka bukanlah mudah dan perlu ditunaikan secara amanah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, mereka akan dipertanggungjawabakan di ahirat nanti.
6. KESIMPULAN
Pada kesimpulannya, sememangnya poligami itu adalah satu sunnah Rasulullah S.A.W yang amat di galakkan sekali oleh Islam seperti kata pepatah “ amalan membina mesjid” demi kepentingan dan kebaikkan ummah apatah lagi dalam zaman kehancuran sekarang ini. Poligami juga adalah salah satu penyelesaian terhadap beberapa permasalahan besar ummah seperti mengelakkan fitnah dan kemaksiatan, mendapat keturunan, meninggikan martabat kaum wanita, mengelakkan penceraian, meningkatkan keimanan dan sebagainya. Setelah melihat lembaran sejarah sejak kewujudan manusia dahulu lagi sehingga kini, didapati bahawa poligami itu juga adalah merupakan fitrah semula jadi manusia, fenomena alam dan adat resam manusia yang tidak dapat dihapuskan sama sekali. Salah faham masyarakat selama ini terhadap poligami terutama kaum wanita, seperti salah tafsir ayat Al-Quran & hukum, poligami mempunyai syarat-syarat tertentu terutama keadilan, memohon keizinan isteri atau mahkamah, poligami menurut nafsu dan sebagainya adalah tidak benar dari perspektif Islam. Lantaran itu, kaum hawa dinasihatkan agar akur kepada syariat yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T dan janganlah bertindak mengikut perasaan sehingga ‘menentang’ hukum tersebut yang boleh menggugurkan aqidah mereka dengan sendirinya. Sebaliknya, kaum Adam pula diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan serta berlaku adil terhadap isteri-isteri yang dimiliki serta di amanahkan. Akhirnya, kaum Muslimin dan Muslimat diingatkan bahawa kewajiban untuk menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai ‘model’ adalah berlaku di dalam kesemua perkara terutama politik, ekonomi, sosial, dakwah, jihad, pemerintahan, ibadat dan sebagainya termasuk poligami demi kejayaan & kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat nanti.
RUJUKAN
1. Al- Quran (2000), “Mushaft Rasm Uthmani”, JAKIM, Pusat Islam, Kuala Lumpur
2. Zakariyya, M.M (194), “Fazail-e-A’mal”, Idara Ishaat E-Dintyat Ltd, New Delhi
3. Ishak, N (1998), “ Mengapa Rasulullah Berbilang Isteri”, Pustaka Al-Mizan, Kuala
Lumpur
4. Hashim , I (2002), “Penawar Untuk Semua”, Ilhami, Poko Sena, Kedah
5. Abdullah Idrus(2011), “ Tak Perlu Berbangga Kisah Poligami” Berita
Harian, Singapura (11/6/2011)
6. Internet, Muhammad Fua’ad, (2012) , “Rahsia Mudahnya Berpoligami”
7. Internet, Khatijah Aam (2011), “Kelab Poligami Ihwan”
8. Munaqasah Poligami (2011) : Masalah atau Penyelesaian, Kilafah Centre, B.B. Bangi
10. Internet , Sisters in Islam (2009) “Kontroversi Mengenai Poligami”
11. Kelab Poligami (internet 2011) , “Suami dikongsi bukan untuk diperebutkan”
12. Internet (2011), “ Malaysia Beri Hadiah Kepada Pelaku Poligami”
13. Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), “Isteri Tolak Poligami Dosa Besar dan Boleh
Membawa Jatuh Hukum Murtad”
.
No comments:
Post a Comment